Kamu..
Tiada kata mampu aku ucapkan untuk kamu.
Tiada bahasa dapat aku cerita tentang kamu.
Kamu hebat. Kamu somel. Kamu gembira selalu.
Kamu mampu lukiskan garis lengkungan di bibir setiap orang.
Disaat semua orang sedang berduka. Sedih.
Termasuk juga aku.
Sebelum aku kenal kamu. Aku bukan diriku yg dulu.
Aku tidak ceria seperti aku yang dulu.
Sejak kenal siapa kamu.
Kamu banyak ceriakan hidup aku.
Kamu mampu lukiskan garis lengkung itu di bibir aku.
Dan kamu tahu.
Semua orang boleh saksikan perubahan aku.
Aku kembali seperti dulu.
Mungkin juga bukan aku yang rasakan begitu.
Semua orang yang rapat dengan kamu dapat rasakan.
Aku tawu setiap kegembiraan yang kamu bawa.
Setiap kecerian yang kamu berikan.
Hati kamu bukan seperti itu.
Aku tahu gembira itu bukan singgah dihati kamu selalu.
Aku tahu kamu tidak ceria seperti mana kamu berikan pada semua orang.
Aku betulkan.
Terima kasih untuk setiap ketawa itu.
Kamu selalu dalam hati aku.
Kamu kawan terbaik yang pernah singgah dalam hidup aku.
39 hari aku kenal kamu seperti 39 tahun rasanya.
Jangan tanya kenapa aku tulis tentang kamu.
Kadangkala setiap soalan tidak perlukan sebarang jawapan.
Kerana jawapan itu ada dalam diri kamu.
Dan jujur aku katakan.
Aku takut hilang kamu.
Kamu kawan terbaik selain dari teman baikku.
Aku sayang kamu.
Nur Syahirah Hussein..
Sasha a.k.a Sashot..
Carebear..
WoodyEl to me ElmooDy..
Sayang awak ketatketat..
Awak kawan baik saye sampai bebila..
Ingat tuh..
P/s : Woody! Sorie kalo name penoh ta betol.. Elmo hentam jek tuh.. :)